Tentang Netsmart
Netsmart Sdn. Bhd (Netsmart) telah ditubuhkan dalam tahun 1997, dengan aktiviti – aktiviti teras termasuklah membekal sistem-sistem komputer, komponen-komponen dan peranti-peranti yang berkaitan, perkhidmatan-perkhidmatan integrasi sistem, sokongan teknikal, penyelenggaraan, latihan, rangkaian dan internet.
Netsmart berdaftar dengan Kementerian Kewangan sebagai kontraktor pembekal komputer dan peralatan – peralatan komputer, perkhidmatan dan barangan rangkaian. Netsmart juga diiktiraf sebagai pembekal Bumiputera dengan modal dibenarkan sebanyak RM 100, 000.00 dan modal berbayar sebanyak RM 100,000.00.